Friday 18 November 2011

4 1/2 tahun..

Assalammualaikum kesemuanya!!

Setelah lama menyepikan diri, akhirnya aku ingin mencoretkan sedikit bingkisan minda yang terkurung lama di benak jutaan kekacauan dan kesibukan ujian. Ya! Akhirnya aku sudah berjaya menamatkan 4 tahun setengah di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang semester 6 degree. Syukur yang paling teramat kepada Allah kerana nikmat, belas dan kasihnya aku telah melangkah sejauh ini. Tiada ungkapan yang bisa dimuntahkan melainkan syukur kepada Yang Maha Berkuasa. Banyak kenangan pahit manis yang telah diselusuri sepanjang denai perjalanan hidup ini yang telah mematangkan fikiran, emosi dan tingkah lakuku. Aku hanyalah insan yang tidak sempurna pada mata yang sentiasa memandang, telinga yang sentiasa mendengar, mulut yang sentiasa bercakap apalagi pada Pencipta Yang Maha Mengetahui Segalanya. Akhir kalam, Selamat Bercuti dan insyaAllah, kita akan bersua kembali. Setiap detik dan saat indah ini bakal ku kenang jika diizinkan.


Fikiran ku tatkala sastera mengawal tintaku,
Setahun lagi insyaAllah...(O_O)

Tuesday 8 November 2011

Argh!!Tag berantai!!

Assalammualaikum.. 
So straight to the point, aku dah di tag dengan  soalan 11 oleh sheeda dan mawar..wah!!
okla..sebab aku tengah menyegarkan mata sebelum study kembali, so aku akan cuba menjawab seringkas mungkin :)

Few rules to be followed.So,these are the rules:
1.Post this rules
2.Write 11 things about yourself
3.Answer the question the tagger set for you
4.Create 11 new questions for those you want to tag
5.Choose 11 blogger to be tagged and link them to the post
6.You're not allowed to tag back ( I mean to the person who tags you )

1. Done!

2. 11 tentang saya..
- Saya budak maktab
- Saya baru pandai mensterika baju semasa tahun ke 2 degree program di maktab..haha
- Saya suka melukis
- Saya suka makan coklat dan benda manis
- Saya suka main game, bola, futsal, bersukan dan membaca....komik..haha
- Saya hidup dalam keluarga cikgu cikgi..yeah!
- Saya dah nak exam ni..doakan saya..belajarlah dikau adi.
- Anak keempat daripada enam adik beradik
- Suka warna biru
- Saya takut anjing
- dan Saya mempunyai hidung yang besar..hahaha

3. ok..ada 2 org tag, so aku jawab 22 soalan la kan..start from sheeda..

Dear Sheeda 
 
- Komen anda pasal saya..  perkara elok n tak elok.. hahaha
 # Sheeda seorang yang peramah dan baik hati.. :)
- Komen anda pasal  blog saya -  perkara yang tak elok..hehehe
# tulisan kot..haha..background..susah nak baca..kot..
- Dah ada yang punya ker? Bila kawen? hehehe 
# erm..honestly blom..kawen..insyaAllah..xda planning..*malumalu..
- Suka buat apa masa boring2?..
# fb, twitter, youtube, blog, games, futsal :D
- Perkara yang anda sendiri tak sangka anda buat..
# memasak???haha
- Perkara yang anda boring buat walaupun masa tu anda boring.. hehehe
# melihat komando (nama kucing peliharaan)
- tempat nak honeymoon.. cita siket.. y?
# ntah..sabah kot..
- Habit yang tak elok yang ada pada anda.. MESTI Ada ar..
# buat penglipur lara..haha..buat lawak 
- Perkara yang anda tak suka terhadap orang yang berlainan jantina dengan anda..
# aaa...menangis??
- kalau anda ni berada dalam dunia kartun.., anda nak jadi apa? kenapa? hehehe
# saya nak jadi shikamaru(naruto)..sbb dia bijak
- Perkara yang anda rasa anda TAK AKAN buat!!.. hehehe
# menderhaka ibu bapa..huhu
Dear Mawar,

1. soalan 1 mestilah soalan minta puji sikit. opinion on me.  ^^
# erm,..junior yang peka dan caring kot..sebab jadi juru busana mmg selalu contact hal baju..hehe
2. the best things happened in ur past 3 months. 
# Kudrat :)
3. someone who made changes in u. 
# aaa..my parent, friends..
4. thing that can make u smile though u are crying a river. 
# tengok movie sedih dan ada kawan2 kat sebelah menyebelah *especially crita hindi kot..hahahaha
5. are you lazy?
# sikit la..
6. movies that are addicted to now. 
# drama boleh? Cinta elisya..haha
7. things that u would do when u getting nervous. 
# selawat banyak-banyak
8. the last time u cry. why.
# Kudrat...2nd place..:''(
9. ur SPM result. :D
# adeh..6A4B1C1D
10. someone in ur mind now. i mean now.. dah, jgn pkr len. now kay? honest. 
# rahsia..haha
11. are you taken? if yes, who? mind to post his / her picture? hehe. 
# hurm..xlepas soalan tuk..not yet..adeh..

Siapa yang sudi ditag??huhu..rasanya xperlu la..focus on exam and good luck!!Assalammualaikum!!i did it!! (O-o)

Friday 4 November 2011

Cinta Elysa

Assalammualaikum...

Entri kali ni saja nak cakap pasal satu drama Malaysia yang dah buat aku ketagih la jgak..Ni semua salah Faizal Latip yang pasang TV3 Selasa lepas..Terus aku download cerita ni (baru ada 8 episod)..Memang layan la..dengan lagu soundtracknya Kisah Dongeng by Stacy and Kita Satu by Spider..dan sekarang aku memang gila la jgak dengar lagu Kita Satu tu sampai aku belajar chord gitar lagu tu..cambest je.Cerita ni dibintangi oleh Fasha Sandha dan Johan Arif selaku watak utama.So, aku suggest gak korang tengok..Walaupun busy nak exam dah sekarang, tapi still aku nak layan jiwang. Nak menjiwangkan diri..Sewel..haha.So aku kasi lagu yang aku ulang banyak kali jugak iaitu Kita Satu..


Am           G
Sering ku bertanyakan
  C         Dm
Dimanakah hatimu sayang
Am        G
Kian lama kusimpan
   C        Dm    E    F
Penyesalan cinta dalam diam

            G          Em
Sampai bila harusku pendam
            Am         Dm
Layan cinta dan perasaan
             F        E
Dengan lafaz ku bisikkan

 Am    Dm    G           C
Kita telah ditakdir bersama
 Am     Dm       E  
Teman hidup di dunia
  Am    Dm    G          C
Malam siang kita jadi satu
    F           E         Am
Kerana engkau adalah milikku

C            G        Am
Pegang tanganku seeratnya
       F             G
Dunia ini berputar ligat
C          G         Am
Mengapa harus ada sesal
    Em          F   C        G    E
Andainya tersungkur tetap bersama oo..


Lagu ni aku tak tujukan kat sapa-sapa sebab memang tak ada kaitan dengan sesiapa.haha..aku rasa..maybe aku nak nyanyi lagu ni la kat girl yg sudi jadi isteri aku nanti.[statement apa ntah..ehiu]~~ (0_0)"

Sunday 30 October 2011

Macam Di KK (bagpack) + Cuti-Cuti Kenyalang

Assalammualaikum...
So post untuk minggu ini ialah pasal perjalanan cuti deepavali selama seminggu. Overall it awesome tapi meletihkan. Enjoy the holiday dan rasa..ya inilah cuti-cuti Malaysia.Yeah!!Erm..start ari sabtu lepas sampai rabu, (22/10-26/10/2011) aku, Lihin dan Datu Farid telah melancong ke Sabah.

1st day datang, aku telah direct pergi ke Kota Marudu. Kami datang malam dan ada makan2 then tengah malam kami sempat pergi lepak and pergi ke Dataran Bengkoka, Pitas semata-mata mau tengok patung lobster besar..walaupun gelap gulita, tapi kami sempat snap beberapa gambar sebagai kenangan..haha..
Then esoknya kami pergi ke simpang mengayau iaitu tempat terletaknya Tip of Borneo di daerah Kudat. SubhanaAllah memang cantik. Snap beberapa gambar dan sempat buat video klip lagi. Then kami pergi Kota Marudu celebrate birthday anak buah Datu Farid dan malam tu juga kamiorang pergi ke KK. Wah..memang memenatkan but still we enjoy the trip dengan lagu-lagu..haha..malam sempat lagi lepak tengok bola dalam keadaan sedih sebab Man United dibelasah teruk 1-6 oleh Manchester City..Watermelon sungguh!
Pastu tidur dan esoknya kami telah pergi ke Pulau Manukan dan bersiar-siar di sekitar kota raya KK.Aku dan Lihin sempat berkarok dan kemudian kami pergi tempat air pancut-pancut yang cantik iaitu Taman Tasik Perdana. Every 10 minutes akan ada persembahan air dan 10 minutes lagi berenti. Cantik giler and kami jadi gila-gila menari time persembahan air pancut..funny. Then, kami makan-makan di restoran Tanjung Aru sambil minum air gelas besar.
Hari Selasa tu pula merupakan last day aku pi raon-raon Sabah..So hari tu kami telah pergi ke Poring untuk mandi-mandi. Before tu aku sempat beli strawberi untuk dibawa balik. Tak manis la.Nasiblah..Time tu juga hujan dan tak sempat nak pi ladang teh. Jadi kami rest kat stesen minyak pastu meneruskan perjalanan ke Ranau.Kami sempat la pergi mensilau a.k.a MewZealau@New Zealand.Tempat tu ala New Zealand la sebab sejuk, ada lembu itam putih dan rumput pun cantik(bajet macam pernah pergi NZ)..Kami pergi Kilang susu dan tengok lembu-lembu dan sempat juga bersalam sama lembu.hax..and beli susu segar.Uina..Sadapp bha tu..ada jual kat seveneleven..pastu pergi kinabalu park and bergambar sekejap, then balik rumah si Farid. Dan keesokan paginya aku berangkat balik ke Bumi Kenyalang menaiki kenyalang Air Asia.

So Now, cuti-cuti kenyalang pulak, aku and the geng classmates telah pergi Kubah Ria untuk mandi-mandi. Syiok juga la..sambil makan sinalau manuk (ayam panggang-bhs Dusun)..Enjoy walaupun demam.Airnya punyala sajukkk!!Pastu kitaorg pergi Matang Wildlife dan seriously kureng best la..hurm..pastu balik and rest.
Hari Jumaat plak aku and Griffen bawak kawan dari Sabah plak jalan-jalan satu petang di Kuching. Tak tau nak bawak kat mana di Sarawak ni, so kami bawak pi Spring beli neck tie then pergi waterfront.Nak bawak pi Taman Sahabat, tapi tak cukup masa so terus bawak diaorang balik ke UiTM sebab ada taklimat untuk Kenyalang Debate Open. Dan mereka tadi dapat no 8 daripada 34. Congrates!
Last but not the least..untuk cuti-cuti kenyalang, kami telah pergi ke Jong's Crocodile Farm..banyak buaya dan memang jakun jugak la aku..ada ikan BESAR, merak, monyet, baby hutan and etc!!kami tengok buaya melompat lagi..best la sana.Berbaloi berbanding pergi Matang Wildlife.

Itu saja la refleksi cuti aku untuk bulan Oktober tahun ni. Walaupun aku dok Kuching dah lama, tapi banyak lagi tempat aku belum explore..So cuti ni memang banyak juga la aku tau tempat-tempat. Kat Sabah pun memang berabis si Farid bawa aku jalan-jalan. Thanks to him and his family. (0_0) updated!! And Its PinkOctober.

Saturday 22 October 2011

Out for 5 days

Assalammualaikum...

So sekarang bermulalah cuti deepavali. Selamat Menyambut Deepavali!! To my friend Puni, lecturer Mr Dana Raja and others who celebrate Deepavali. Erm.. Cuti kali ni aku akan habiskan 5 hari untuk melancong ke Sabah iaitu esok sampai rabu bersama Lihin dan Datu Farid. So aku maybe tak online selama 5 hari tu kot. Entahlah..Packing pun blom..Ni 3rd time aku pi Sabah.Sabah memang banyak tarikan dan cantik. Kali ni akan explore bersama Datu Farid. Wait and see.Aku pun tak tau mana nak pergi. So thats all. Wish you all Selamat Bercuti dan jumpa lagi. Pas cuti bersedia untuk Exam!! Yehaaa..(iringan lagu Tinggi-Tingi Gunung Kinabalu)
InsyaAllah akan ku daki juga mu..

Friday 21 October 2011

To All Bloggers

Assalammualaikum to All bloggers or journalists  and readers,

Semalam aku dan sekawan classmates telah menghadiri Seminar on Social Media and Society:Promoting Responsible "Netizenship" kat Grand Margherita, Kuching. So memang banyak la benda nak didengar dan rupanya seminar ni pasal social media cam Twitter, FB, Blog dan yang sewaktu dengannya la. Sebab situasi terpaksa pergi dan kurang ikhlas, so aku tak dengar overall la sebab aku ngantok dan letih sebab ada la terlibat sikit ngan Malam Muzikal plus aku main game sampai lewat malam gak..ish3. Tapi banyak input menarik yang boleh dikongsikan bersama antaranya,
Blogger's Code of Ethics iaitu semasa kita nak tulis something la.
1. Be honest and fair - in gathering, reporting and interpreting information
2. Minimize harm - respect
3. Be accountable - should admit mistakes and correct them promptly

Things to watch out for
1. Observance of proper use of English or native language (ok..im noted it..hehe)
2. Avoid name-calling, mudslinging
3. Do not use rumors unverified information as bases for blog entries
4. Do not depend on unreliable sources.

So ada banyak lagi la maklumat yang aku dapat cuma aku malas nak panjangkan kat sini. Erm..tapi yang paling syok seminar ni semestinya sesi refresments and lunch. So i got the pictures here to share..haha
 Lunch ala annual dinner..Best
 Perempuan malu-malu makan..so ada lebih..hurm
 Nota yang sempat saya tulis semasa seminar
Pejuang-pejuang bangsa social media

 Credits
Speakers for this seminar - Dr Danilo Arao(Filipino man), Prof Salleh Buang, Mr Wan Abdillah Edruce, Dato Ahiruddin Attan@Rockybru, Mdm Alice Wee, Mr Ahmad Nor Hisham Mohd Yusop and Mr Cyril Dason.

Monday 17 October 2011

Program Kesihatan Gigi

Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia..

Bermula hari ini, 17 Oktober sampai 19 Oktober 2011, aku dan kawan-kawan PISMP Januari 2009 serta KPLI Januari 2011 akan mengikuti Program Kesihatan Gigi. Kerja aku ialah macam biasa, dan memang dan terbiasa dan malas nak membiasakan diri dengan kerja itu~ Pengerusi Majlis..adeh.So hari ni merupakan hari 1st program gigi. Dan setelah dengar ceramah hari ni aku terkenangkan cita-cita sebenar aku..aku sebenarnya nak jadi pekerjaan yang orang melayu panggil doktor tapi omputih panggil dentist.yess..itu sebenarnya cita-cita aku. Tapi tak kesampaian kerana aku sudahpun menjejakkan kaki dalam bidang perguruan. Aku masih ingat lagi 1st aku masuk maktab dengan muka terpaksa dan unprepare. Tapi bapak aku tak marah aritu and petang baru aku selamat didaftarkan. Wah..memang susah time tu. Bila kenang balik memang rasa nak gelak. Tapi sekarang..Aku sudah menerima hakikat bahawa aku akan dipanggil Cikgu Hadi. Dan aku sudah menyukai, menyayangi dan mencintai profesion keguruan ini. Cuma aku lemah dalam bahagian nak mengajar budak-budak..So sekarang aku nak improve cara aku mengajar supaya nanti aku akan menjadi guru efektif dan dapat memberi sesuatu kepada anak murid aku kelak. At least sikit pun jadi la. So apa yang terlintas kat otak aku ialah..aku nak lupakan cita-cita aku dulu iaitu nak jadi doktor gigi dan fokus pada apa yang aku ada sekarang iaitu ilmu pertapaan sebagai cikgu. Ok..tu saja.Cuma bila dengar ceramah ni membuatkan aku sedikit excited untuk mengimbau kembali keghairahan aku untuk memeriksa dan merawat gigi orang..hehe..
ok..tu ja la..saja nak tulis something malam ni sebab otak aku sedikit letih main game PES 2012..pergh.. (0-0)

Sunday 16 October 2011

Lan Berambeh di Pullman

Assalammulaikum readers,

Lama dah aku tak post something..So kali ni nak post event yang aku ikut selepas mengikuti teater Kudrat. Erm..First ialah aktiviti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan iaitu Lan Berambeh dengan menaiki bot besar menyusuri Sungai Sarawak. Seronok la jgak sebab dapat melihat permandangan indah ciptaan Allah sambil dapat lepak-lepak dengan classmates yang dah lama aku tak menjengah mereka di kelas. Then ada karaokeing dan aku bermati-matian nyanyi lagu Aduh Saliha-Mawi dengan suara yang sumbangsih..yap..sumbang dan terima kasih atas pujian itu. Hahaha..So ini ada sikit gambar aku..And aku baru potong rambut supaya kemas dan nampak ciri-ciri guru.
 kungfu panda style
 lepaking bersama kaban-kaban
 dan inilah anak muda sarawak yang baru 1st time menyusuri sungai Sarawak di Kuching..haha
Permandangan Kota Raya Kuching

So..itulah panaroma 1st event..2nd event yang aku ikut pulak ialah macam biasa Annual Dinner IPGKBL di Hotel Pullman, Kuching. Dinner ni ialah dinner aku yang ke-5. Banyak sungguh dah dinner. Tapi etika makan tetap sama iaitu, sapa malu, dia lapar. hax. Masa ni la aku and the gang akan guna baju stylo sikit, but no make up, then cari meja yang banyak classmate gurls sebab dapat makan lebih sikit *muahahaha - evil laugh!! So tema tahun ni Sehati, Sejiwa, Serasi Bersama..so guna baju kelas. Tapi kami PISMP BM 2009 guna tema sendiri iaitu mana-mana baju yang penting kaler itam putih tahi cicak..hehe..So aku guna la baju ala imam muda. And kami sehousemate guna spec sebagai lambang geng urat mata..haha.lucu gak.spec aku paling fake sebab takda kanta. Aku beli kat Beijing dengan harga 15 yuen iaitu lebih kurang RM7.50 je..murah je.tapi brand Armani tu.kih2..So inilah serba sedikit gambaruda Dinner 2011..And aku sangat frust sebab bateri kamera aku abis bateri. Mancheese sungguh. Sama cam Man U seri ngan Liverpool ja(xda link)..

 yap..this is me. Noh Ha Di (chinese or korean name..haha)
 Dude
 Housemate..pejal, adi, zizat, abib and rin..(raffi missing in action)
 classmates terSAYANG!!
 Zizat gik missing..haish..
Reunion Kudrat..haha

Tuesday 11 October 2011

KUDRAT

Assalammualaikum...

Perjuangan untuk meneruskan challenge 30 hari terpaksa dibatalkan atas sebab kesibukan yang melanda diri ini. Kesibukan tersebut ialah penyertaan aku  untuk Pertandingan Teater Piala Ketua Menteri Peringkat IPG di Sarawak yang telah diadakan di Miri baru-baru ini(wah..ayat skema)..So, selepas berlatih dengan agak lama, kami telah merangkul Naib Johan, Kostum Terbaik dan Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik(sapa ya?).. Walaupun keputusan amat menyedihkan dan mengecewakan aku, aku bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dan kerjasama semua pihak amat-amat baik. Hidup dalam keluarga teater kudrat merupakan kenangan indah yang akan kekal terpahat di hatiku. Sebagai senior, banyak pengalaman manis dan pahit yang kami lalui bersama. Dalam berteater, barulah aku dapat berkenalan dengan para guru pelatih IPG. Kerana kalau di luar aku memang agak pendiam la, so memang jarang la aku bertegur sapa.hehe..bukan sebab aku sombong, tapi sebab aku memang dilahirkan dengan sifat tidak friendly..Aku cuma friendly dengan geng-geng yang sudah lama aku kenal. Kamceng..Tu dia.kelemahan diri ini.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik telah diberikan kepada aku untuk kedua kalinya. Bersyukur yang teramat sangat kepada Allah. Memang aku tak sangka sebab untuk kali kedua juga aku bukanlah pemegang watak utama namun dinobatkan jua. Wah! memang perasaaan yang sukar digambarkan dengan badan aku bergegar-gegar ambil hadiah aritu. Tapi tahan macho sebab takut tiba-tiba pengsan depan Pehin Taib..Haha..And gambar aku masuk front page Utusan Sarawak..wah..syukur2..Kembang kejap hidung aku melihatnya..kih3.Ironinya, aku atas pentas je camtu. Kat luar aku tak pandai berlakon. Aku hanya pandai enjoy-enjoy and cakap benda-benda sengal ngan kengkawan..ehiuu...

Tapi mendapat anugerah itu bukanlah kegembiraan mutlak buat aku kerana Piala Pusingan itu tidak berjaya dibawa balik ke Batu Lintang. Semasa cikgu umum kami kalah memang aku tahan betul kesedihan. Sebab aku agak confidence kami menang. Tapi dah bukan rezeki. Syukur. Maybe ada hikmah di sebalik batu. Sorry la kepada ahli Kudrat yang menangis-menangis and aku nyanyi lagu-lagu sedih lagi pastu..haha..nasiblah. Makin mendayu-dayu si Maya menangis..tapi dalam hati aku memang hujan la. Sampai bilik hotel barulah air mata tu tak malu-malu nak turun sambil aku pura-pura tidur dengan menelungkup muka bawah bantal. Seriously aku memang sangat sedih. Dengan semangat kawan-kawan yang sangat tinggi membuatkan aku sangat terharu. Itulah hakikat pengorbanan teater. Tidak semuanya indah. Jadi bersabar je la. Hakim lebih arif untuk menilai. Mungkin kelemahan teater kami mengatasi kelebihannya dan teater Tunggah lebih menonjol pada mata hakim. Sedikit pun aku tak salahkan teater yang juara. Juara tetap Juara, tapi hakim yang mengambil peranan. Tak apa. Redha dengan segalanya dan aku rasa teater itu memang ada kelebihannya dengan latar belakang yang sangat cantik dilukis. They deserve to win this year. InsyaAllah, masa mendepan kami akan rampas balik piala itu!!Yaahhhaa!!

Ok tu je kot. Ni lagu tema yang sentiasa terngiang-ngiang ditelinga aku sekarang..Memang sweet memory la :)
Teater Ilang and Batu Lintang di Puncak Menara juga totap di hati..

KUDRAT

Kudrat perjuangan,
Kudrat menentukan,
Sekaliku melangkah takkan aku berpatah,
Sekaliku melangkah aku tetap kan berserah,
Pada Maha Kuasa yang menentukan,
Pada Maha Kuasa yang menjadikan..

Thursday 22 September 2011

30 challenges #day 4

Assalammualaikum..

So sekarang aku akan mematahkan cabaran keempat iaitu,

ok..aku pun xtau gambar mana yang best sebab banyak jugak la bergambar ngan kawan-kawan ni..so maybe ini yang dapat aku share ----- (0_0)

Tuesday 20 September 2011

30 challenges #day 3

♥ -Day 3 : Your idea of the perfect first date
Assalammualaikum...
Soalan hari ni agak mencabar..hurm..sekarang memang tak tau nak jawab soalan cepu mas ni.tempat best untuk dating..bila la ada kesempatan dating.bersabar je la..tunggu jodoh daripada Allah :) hurm..so untuk soalan ni saya cadangkan..pantai!thats all..haha..maybe scene cantik, tenang, aman dan damai..dapat picnic and mandi2..(o-0)



KAHO NA PYAR HAI

Monday 19 September 2011

30 challenges #day 2

♥-Day 2 : Your favorite movie

Assalammualaikum...

OK..untuk cabaran kedua kali ni, adalah movie kegemaran. Kat dunia ni memang banyak la cerita best..jadi aku xingat..tapi yang ni antara yang aku tengok banyak kali.haha..zaman hindi..3 idiots si mimi dah amik, so aku amik cerita ni..layan!!

[KAHO NA PYAR HAI]
 And ada satu cerita tamil yang aku suka gak tengok..share sekali la..hehe..

[boys]
layan dua-dua lagu ni pun best..(0_0).
 

Sunday 18 September 2011

30 challenges #day 1

Assalammualaikum..
Erm..sekarang aku join 30 days challenges la kiranya berpandukan suggestion kak Sheeda Salleh.Okeh..
Question ♥-Day 1 : Your favorite song..

Maksudnya lagu kegemaran..aku dengar banyak lagu dah..so banyak la lagu aku minat..tapi tak layan sangat.erm..banyak lagu sedih la jugak aku denga..layan jiwang..haha..tp aku xjiwang..haha.jadi untuk post ni aku nak share lagu latest yang aku suka dengar..yang happening la..lagu ni bertajuk "Oah" by Alexander Rybak..cambest je dengar.lagu ni pasal laki ni suka kat gurl dan cam merayu la..kalau la aku berani cam orang dalam lagu ni untuk pikat gurl..haha.

ok..ni link lagu tu..so, enjoy!!!
 

Sunday 11 September 2011

Senduk-Senduk

Assalammualaikum..

So, topik hari ini ialah berkaitan dengan memasak..hooraay!!satu benda yang aku paling tak pandai pada suatu masa dahulu kaliak!Aku tak pandai pun sebab aku jadi tukang makan je kat rumah.Yang penting makanan dah terhidang and aku basuh tangan, baca doa makan dan makan.Tapi setelah makin besar ni, aku rasa pandai masak ni keperluan dan satu pakej untuk menjadi suami yang baik..ehem3.So, aku decide untuk belajar masak sebab banyak geng aku pandai masak.Gambate Adi!

Sejarah aku tak masak ni pun sebab satu ari tu, masa aku kecik, aku nak tolong mak aku masak tapi mak aku larang takut aku jadi lembut..so sampai sekarang aku mendengar nasihat itu.Tapi best gak sebab tak perlu risau hal masak and dapat spend masa banyak untuk game.hihi.Main game, makan, tido..yeah!

Erm..ok.basic aku cuma pandai masak air, mee and nasi..Jadi sekarang, semenjak aku dah berpindah tinggal kat luar, so aku and the geng buat jadual memasak la..jadi aku and Rin akan jadi teammate dalam program itu.kami ada 3 group yang akan sentiasa rotate.jadi dapat rasa la macam2 jenis menu.so start dari sini la aku belajar masak, potong bawang, halia, ketuk, campur, goreng, sup dan macam2 yang sewaktu dengan adegan masak ni. Jadi tak perlu risau lagi sebab aku dah pandai la jugak..dapat la kot survive kalau dihantar praktikum kat pedalaman. Okeh tu je..inilah serba sedikit masakan yang sempat aku amik gamba..tada!
                                   ayam masak cencaluk by pejal..faizal latip punya resepi..sodap!!
                                sayur scr aku buat atas tunjuk ajar zizat..sedappp(mestila puji sbb aku masak)

Sunday 4 September 2011

Forgotten Skills

Assalammualaikum..

Selamat Hari Raya Aidilfitri (Syawal) and Salam Kemerdekaan yang ke 54 (Ogos)..
ok..untuk topik kali ni, seperti yang pernah dijanjikan..aku nak tulis pasal forgotten skills..semakin aku menginjak dewasa dan menjadi "matang" ni..ehem3..banyak skills atau kebolehan aku hilang..fade awayy~~so untuk akademik, seriously..aku makin tak berapa pandai english and math..antara subjek yang aku minat kat sekolah dulu..tapi sekarang tinggal kenangan..sigh,,why??because im a bahasa teacher?nonononoww..actually im not practice it in my daily life..im only listening to the musics and watching movies..but im not speak english..unless im in desperate condition..i lose my confident to speak english.. talk to foreigner, lecturer or friends for example..except my chinese friends because we use broken english together2..haha..and for my math..actually im one of mathematichaholic when im in primary and secondary school..but since im not study math anymore, so...u know la..im confuse when i want to make a payment or something..just like that la..wahh...aku dah tulis english..so kalau faham bagusla sebab aku main langgar dah semua grammar(benda yang paling susah aku nak faham!) and i lose my vocab..so be it..im phua chu kang..haha..
then..untuk aktiviti macam debat, syarahan and macam-macam lagi..aku macam makin tua untuk aktiviti tu..cam hilang konfiden la..but its ok..as long as im happy with my life.erm..lagi satu, dulu-dulu aku suka berlari..and pernafasan aku memang dewa la..stamina kuat..tapi sekarang..its fade AWAY..im no longer nyawa kuda.. ;(
tapi tak la aku tension sangat pasal benda ni sebab semua ni adalah proses peralihan dan perubahan..boleh berubah..jadi kalau aku nak balik skills semua tu aku kena belajar balik..yeah!!erm..tapi skills ni tak kisah kurang asal amal bertambah, pahala berganda dan dosa diampunkan..kerana dunia sementara akhirat juga kekal selamanya..Assalammualaikum (0-^)

Tuesday 30 August 2011

ooOOoo balik kampung...

Assalammualaikum wbt..
Alhamdulillah aku dah selamat sampai kat kampung..dan telah diumumkan bahawa esok raya..
Segalanya berjalan dengan lancar walaupun time syok2 mood raya nak balik kampung guna bas BJ(bas jaik) terkandas dua kali dan terpaksa naik ekspress balik kampung, namun hati ku totap gumbira setelah menatap wajah kesayangan hamba..my lovely family..yeppi..then pergi kabong, kampung bapa untuk raya 1st ~ dan 2nd and seterusnya bakal beraya di igan,kampung mak..insiden hari ni yang tak bestnya abang aku lupa bawak baju sedondon tahun ni iaitu warna engkodok(ungu)..and 1st time guna sedondon dalam hidup aku..kot..time kecik xingat..so terpaksa la aku mengorbankan baju raya aku dan guna baju ungu pinjam yang besar..its ok..as long dapat jumpa saudara and bersalam-salaman, bermaaf-maafan dan mengeratkan hubungan silaturahim.semoga syawal ini membuka lembaran baru dalam buku dosa-dosaku terdahulu-hapuskan..Amin.InsyaAllah..sesungguhnya terasa sangat kerdil dengan banyak dosa terhadap Allah, diri dan orang sekeliling..semoga kita dalam hidayah dan kekal selamanya.SELAMAT HARI RAYA..(O-O)

Friday 26 August 2011

Last day praktikum vs Balik Raya

Assalammualaikum dan salam ramadhan..


Esok merupakan last day aku praktikum..perasaan bercampur baur dengan karenah student yang gila-gila.tapi arini sempat semak kertas 1 bm and bergambar dengan diaorang..^_^..ermm..actually dulu mmg xsabar nak abis praktikum tapi sekarang rasa rindu pulak..dengan guru-guru yang best and student yang memang innocent..lucu + lawak pun ada..and ada yang menangis sebab aku cakap maybe esok aku tak datang.haha..psiko lebih..walaupun diaorang ni jenis tak makan saman, tapi diaorang banyak ajar aku banyak benda sampai aku banyak berfikir..jadi lebih kreatif dan etc..kat masjid slalu jumpa ex student aku kat kenyalang and diaorang mintak aku ajar diaorang lagi..best sangat ke aku mengajar??ataupun diaorang suka tengok boboi boy..haha,,anyway for both of my students, cikgu enjoy ajar kamu..AND..sk sungai stutong..cikgu Hadi bakal merindui kamu!!so esok..wait and see..apa akan jadi..(belum buat ucapan lagi..adeh)

Pasal raya..aku tak prepare sangat nak balik..baru 2-3 helai baju aku masukkan dalam beg..alamak.esok malam dah nak angkat..erm..esok la fikir.janji insyaAllah dapat balik dengan selamat dan jumpa family..i miss them badly..superrr badly much!!aaaaa...apa lagik ooo..erm..ok.maybe lama takkan update sebab nak amik mood cuti..so sempena ramadhan ni kita cuba lebihkan amal..insyaAllah.okeh!Wish awal untuk Syawal.. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..Assalammualaikum..(0-0)

Sunday 21 August 2011

Nilai-Nilai Murni / Sifat-Sifat Mahmudah

Assalammualaikum w.b.t..Entry kali ni buat renungan saya, anda, kamu, kita dan semuanya :)


1.0 HIKMAH
Berpengetahuan luas dan bijaksana bertindak berlandaskan Al-Quran, Al-Sunnah dan
alam Syahadah' serta dapat memberi alasan yang munasabah dan bukti yang sesuai.
1.1 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata, mampu membuat pertimbangan,
keputusan dan tindakan dengan cepat dan tepat berlandaskan ilmu naqli dan aqli.
1.2 Celik akal
Pintar, cerdas dan berkemampuan memahami serta manaakul sesuatu dengan cepat dan
tepat.
1.3 Maarifah
Pengetahuan yakin dan pengalaman yang membolehkan sesaorang menjelas dan
mengamalkan prinsip dan asas-asas Islam.
1.4 Bercakap benar
Melahirkan kata-kata yang bernas, betul, dan jitu serta bertepatan dengan prinsip-prinsip
Islam secara berhikmah untuk faedah semua.
1.5 Menegakkan kebenaran
Yakin dan berpegang teguh kepada kebenaran serta sentiasa menegakkan kebenaran
dengan hikmah.
1.6 Kesyukuran
Perasaan, ucapan dan perlakuan yang dilahirkan dengan ikhlas terhadap segala nikmat
kurniaan Allah S.W.T, sabar dan redha menerima ketentuan dan dugaanNya' serta
berterima kasih terhadap sumbangan dan khidmat bakti yang diperolehi.
1.7 Takutkan Allah S.W.T.
Perasaan takut dan kagum akan kehebatan Allah S.W.T. yang mendorong sesaorang
melakukan ketaatan dan meninggalkan larangannya.
1.8 Kerajinan
Usaha berterusan dengan penuh semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan
daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara untuk mencapai kecemerlangan.
1.9 Prihatin
Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat, menyedari masalah masyarakatk dan
sedia berusaha menyelesaikannya.
1.10 Berketerampilan
Mempunyai kemahiran yang menyeluruh dalam berbagai-bagai bidang khasnya
kebolehan berfikir, kemahiran belajar dan merekacipta.

2.0 'ADAALAH
Keadaan di mana sesuatu perkara itu diletakkan di tempatnya yang sebenar mengikut
syariah Islamiah.
2.1 Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan, lahir daripada hati
yang rela terhadap sesuatu berteraskan prinsip Islam.
2.2 Silaturrahim
Jalinan persaudaraan menghubungkan kaksih sayang berdasarkan pertalian nasab,
musaharah, keagamaan, kejiranan dan kemanusiaan.
2.3 Berterima kasih
Pengiktirafan, penghargaan dan ganjaran yang diberikan sebagai mengenang dan
membalas sesuatu sumbangan dan jasa.
2.4 Baik pertimbangan
Membuat pertimbangan yang wajar untuk menghasilkan keputusan saksama serta tidak
menimbulkan sebarang penyesalan dan ungkitan.
2.5 Toleransi
Sanggup bertolak ansur, sabar dan dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
perselisehan dan pertelingkahan.
2.6 Saling bermaafan
Sanggup meminta dan memberi maaf bahkan membalas keburukan dengan kebaikan.
2.7 Bermarwah
Menghiasi diri dengan budipekerti yang mulia melalui tuturkata' tingkah laku, pakaian
dan pergaulan.
2.8 Ibadah
Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dengan cara menjunjung segala perintah dan
menjauhi laranganNya.
2.9 Sensitif kepada kezaliman
Sanggup tampil membela makhluk yang dihina, teraniaya dan dizalimi.
2.10 Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat yang baik, amanah dan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan.
2.11 Kerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan oleh individu pada peringkat keluarga,
komuniti dan masyarakat untuk menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar.
2.12 Semangat bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama
bagi mewujudkakn keharmonian hidup bermasyarakat.
2.13 Bermuafakat
Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan yang baik.

3.0 IFFAH
Mengawal nafsu daripada perkara-perkara yang haram dan syubhah, supaya ianya
terdidik ke arah melaksanakan perkara-perkara yang ma'arof serta sentiasa tunduk kepada
petunjuk akal dan syarak.
3.1 Malu
Perasaan 'aib, hina dan rendah diri kepada Allah S.W.T., manusia dan diri sendiri kerana
membuat sesuatu yang keji dan dilarang Allah.
3.2 Kesopanan
Bersikap tenang, berbudi bahasa, berbudi pekerti dan bersopan santun dalam pergaulan.
3.3 Sabah
Tenang, tabah, redha dan ikhlas dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan serta
sentiasa berusaha mengatasinya.
3.4 Baik hati
Sentiasa mengambil berat tentang kebajikan orang lain dan memahami perasaan mereka
secara tulus ikhlas dan ihsan.
3.5 Murah hati
Sedia memberi bantuan seca ikhlas dan ihsan kepada mereka yang memerlukan sama ada
dalam bentuk kebendaan dan sokongan moral.
3.6 Kebebasan
Merasa tidak terkongkong melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab berdasarkan
peraturan syarak, norma masyarakat dan undang-undang negara.
3.7 Qana'ah
Redha dengan ketentuan Allah S.W.T., tenang menghadapi cabaran, sentiasa berusaha,
dan tidak mudah berputus asa.
3.8 Berdisplin
Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang
telah ditentukan tanpa mengira di mana ia berada.
3.9 Daya usaha
Berusaha untuk menyempurnakan diri dengan penuh azam dan semangat inisiatif, keriatif
dan inovatif berlandaskan petunjuk Allah S.W.T.
3.10 Sejahtera
Jiwa yang tenteram dan tenang serta tidak menyakiti orang lain hasil daripada keupayaan
mengawal hawa nafsu.
3.11 Wara'
Menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah, haram dan beriltizam melakukan
kerja-kerja yang baik.
3.12 Wasatiyah
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikirian, peraturan atau perlakuan supaya sesuai dengan agama, norma dan nilai
masyarakat.
3.13 Kebersihan
Menjaga kebersihan rohani, jasmani dan mental serta alam sekitar bagi menjamin
kesejahteraan hidup.
a. Kebersihan diri
Kebersihan diri dan tubuh badan daripada hadas, kekotoran dan najis untuk menjamin
kesejahteraan hidup dan amal ibadat diterima Allah S.W.T.
b. Kebersihan persekitaran
Memelihara alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
c. Kebersihan mental
Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam
hubungannya dengan orang lain.
d. Kebersihan rohani
Pemikiran, pertuturan dan perlakuan serta amalan yang bersih dari sebarang kepercayaan
karut dan khurafat terhadap Allah S.W.T.
3.14 Menghargai masa
Mengisi masa secara berfaedah dengan menepati waktu dan menyegerakan sesuatu
tugasan.
a. Menepati waktu
Melakukan sesuatu tepat pada waktunya atau selaras dengan jadual yang ditetapkan.
b. Bijak mengurus masa
Tahu menyusun kerja mengikut keutamaan dan keperluan serta melaksanakannya dengan
cepat dan tepat.
3.15 Dedikasi
Berminat dan rela mengorbankkan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu perkara
yang berfaedah.

4.0 SYAJAAH
Sanggup berjuang dengan penuh kesabaran mempertahankan agama, diri, akal,
keturunan, harta benda, negara, maarwah dengan kekuatan fikiran, harta benda, tenaga
dan jiwa.
www.sabah.edu.my/skpmtdon
4.1 Berjiwa besar
Sentiasa meningkatkan kebolehan diri, berwawasan, sanggup menghadapi resiko dan
bersedia memikul tanggungjawab dengan tabah dan yakin.
4.2 Yakin diri
Kemampuan menghadapi dan menyelesaikan masalah serta boleh menjelaskan prinsip
dan asas-asas dalam perkara yang berkaitan dengan syariat Islam berdasarkan dalil naqli
dan aqli.
4.3 Hemah tinggi
Sentiasa bersedia melakukan segala amalan yang baik dengan penuh iltizam dan ikhlas ke
arah kecemerlangan walaupun terpaksa menghadapi rintangan.
4.4 Tetap pendirian
Meyakini kebenaran dan berpegang teguh kepadanya dalam membuat sebarang
keputusan dan tindakan.
4.5 Istiqamah
Tekal, tepat, tetap dan berterusan dalam mengerjakan sesuatu yang baik.
4.6 Berani mencuba
Berani mencuba dan sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dengan penuh kreatif
dan inovatif yang tidak bertentangan dengan syarak.
4.7 Tahan lasak
Mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta semangat juang yang tinggi hasil daripada
yang latihan yang intensif dan sistematik.
4.8 Berdikari
Kesanggupan dan kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
selaras dengan peraturan dengan peraturan, undang-undang dan agama.
a. Berupaya bertindak sendiri
Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
b. Yakin kepada diri sendiri
Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.
c. Nasihat menasihati
Sedia memberi dan menerima nasihat dengan ikhlas dan sabar.
4.9 Berani berjihad
Sentiasa bersedia dan sanggup berjuang untuk mempertahankan agama, negara, keluarga
dan diri serta kehormatan walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa daripada ancaman
musuh dan godaan syaitan.

dipetik daripada www.sabah.edu.my/skpmtdon

Saturday 20 August 2011

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!

Assalammulaikum brothers and sisters..

Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap hu...ruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama-sama kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya..-via Nur Zaifie Jaidi (BADAR IPGKBL)

Haru-Haru

Assalammualaikum...Alhamdulillah Allah masih beri nafas dan mengizinkan jari jemari ini menulis :)


Post kali ni adalah berkaitan dengan hal praktikum..tinggal seminggu last untuk praktikum kedua yakni 2 bulan start from 4 July-26 August..students aku dah tau dah yang aku akan habis praktikum tak lama lagi..memang dah tak ada unsur suspens la dah sekarang..fikir nak kasi tau time jumaat depan(last day) tapi telah dikantoikan oleh guru kelas tahun 5. By the way, its ok..so diaorang punya la soal siasat, aku kasi tau je la yang next week is gonna be my last week la..so ada la 2 orang menangis..wah!terHaru-Haru nya..sedangkan aku agak garang la..tapi ada la jugak main-main ngan diaorang..but mostly i'm a serious teacher aka guru disiplin..chewaahh..dan semenjak ari tu aku selalu kena escort dan bilik guru sering dikunjungi hampir setiap minit(arum bulak) oleh student-student ku..sekali lagi aku rasa Haru-Haru.Kadang rasa macam aku pindah aritu jugak.. mean diaorang ni selalu la jenguk kat bilik guru takut aku dah pindah..haha..

And..yang paling aku Haru-Haru sekali ialah..mereka tanya apa kek yang aku suka.so aku jawab la aku puasa..masih lagi tanya sampai kat bilik guru and aku cakap je la cheese cake(sebab kalau tak jawab memang sampai kat parking motor kot kena terjah)..then tanya aku nak hadiah apa(no answer), my favourite color (blue), fb account (definitely not!), telephone number(sorry..) etc..so agak penat la melayan diaorang ni..so aku hanya dapat senyum dan cakap..jangan risau, cikgu masih lama kat sini.. :') 
Aku bukan menolak kalau diaorang nak kasi hadiah or something, cuma aku faham, latar belakang murid sini hidup sederhana dan ada jugak la yang miskin..dan ada yang tak pergi sekolah sebab tak mampu  bayar tambang bas..jadi kesian juga la sebab diaorang sungguh2 nak beri hadiah..bagi aku, hadiah yang paling aku nak ialah, diaorang berjaya, bijak, pandai, minat belajar, pandai membaca dan dapat tangkap apa-apa sahaja ilmu yang baik daripada aku..so minggu ni aku sangat terHaru...thanks budak2 tahun 5. Cikgu sayang kamu semua, tapi tak dapat nak cakap depan2..haha..wah..rasa nak mencurah air mata bila tengok diaorang..anyway, aku enjoy ajar diaorang walaupun diaorang terkenal dengan kenakalan mereka dalam sekolah sehingga digelar kelas berhantu. and ada satu kali cikgu menangis sebab diaorang..siap la aku ceramah sambil diaorang berdiri atas kerusi..tapi lama-lama aku dapat catch up dan didik mereka dengan nilai murni.Alhamdulillah..dah dua kali aku praktikum kena kelas paling "terkenal"..so tak tau la kalau next praktikum dapat murid yang sopan..mesti..errr...betul ke korang sebaik ni??haha..(0_0)

Monday 15 August 2011

Kedatanganmu dinanti, Pemergianmu ditangisi??

 Assalammualaikum (o_o)  [versi Melayu Sarawak]


Selalu kita dengar word di atas ya kan? tapi yang hairannya, time pergi sine-sine la, shopping complex ka, kede makan, pasang lagu raya dah..maka baruk jak ramadhan, alu terkaong-kaong lagu maok Syawal.ya aku inggar(kak lehot)..jadi adakah "word" ya selari dengan apa yang kita nangga dasawarsa ini? Sepatutnya time bulan tuk la ditunggu-tunggu untuk molah amal kebajikan sebanyak-banyaknya then terus amal sampe bila-bila. Bukan mok madah aku ustaz mok lecture pasal benda tuk la..cuma agak pelik dengan situasi orang yang maok ramadhan tuk berlalu cepat..ish2..muhasabah dirik jwak aku entam..haha..(aku dimpun dah prepare semua dah equipment raya XD)..Tapi apa-apapun..pengajaran yang ingin aku sampaikan ialah, macam yang selalu kita dengar, ramadhan tuk setahun sekali, entah tahun depan sempat sik nemu agik bulan mulia, bulan yang pahalanya berlipat kali ganda.Sesungguhnya aku insan lemah jak mok klaka benda tuk sebenarnya. Ermm..puasa time kecik-kecik hanya maok duit angpau raya, tapi bila dah besar baruk sedar, puasa tuk banyak cabang dan aspek. Puasa = Fast .... Puasa = Universal ....Jadi Selamat Berpuasa. Ahlan Ya Ramadhan. Ramadhan ku yang ke 22 tapi start puasa derjah 1 so..dah 15 tahun aku puasa. Semoga amalan kita diterima.Amin2..(o_0)

Sunday 14 August 2011

[ Selekeh VS Smart ]

Assalamualaikum kepada ibu-ibu, bapak-bapak, tanter-tanter dan anak-anak sekelian...

first of all, thanks kepada Sheeda Salleh sebab jadi follower pertama aku..haha.xie xie.erm..so apa aku nak tulis arini ialah situasi atau pandangan aku terhadap satu benda iaitu selekeh vs smart yakni cara pemakaian anda, anda, anda ataupun anda dan aku sendiri. ok..memandangkan dah banyak sales sebab nak raya, so mestila pergi shopping kan?Then, tak terlepas la mata tengok benda-benda lain, macam TV 3D ka, kereta etc..jadi time pi usha2 ni, mesti ada promoter kan?yang dok explain itu ini, buat promotion, cakap cara nak bayar and macam-macam lagi sehingga kak lehot inggar..HAAA..di sini situasi ini bermula. Aku selalu kalau bab dressing ni aku main langgar je sebab kalau pakai smart-smart pun bukan orang tengok sangat pun. Kalau aku artis lain la. But i'm better than you ok..hahaha..cuma tak famous je.

Wokeh..guna t-shirt, minyak rambut sikit, seluar slack and selipar jepun. masa usha-usha tengok barang, kalau dressing macam ni, tak kena layan bro. Siap jeling sebelah mata je. kadang kena escort..macam aku nak mencurik je.Cheese..bukan nak explain ke.Tapi akhirnya tak beli pun. Maybe someday..Try la ayat aku, mana tau aku nak beli betul-betul.Cuma pakaian je ala kadar.haha..

Berbeza pulak kalau guna baju smart-smart, berkolar, guna selipar jenama Ni Ke?, Seluar jin Levi's..baru lalu tengok sikit~~Hello. May I help you? According to your appearance, you look smart and handsome and I think you can afford to buy my stuff la..so you can look look what wish to buy or something, maybe make a loan??~~perghh..don't judge book by its cover la. rambut sama hitam, wallet sapa tahu??haha..tapi ironinya orang memang suka tengok luaran, baru perasan dalaman. Sebab tu la banyak kes tipu itu ini. Tak kisah lah..tapi bagi pihak promoter atau salesman/woman, aku rasa diaorang maybe penat kot nak explain lebih-lebih so kadang malas nak layan orang yang selekeh especially budak cam aku ni. kerja pun maybe 12 jam sehari.

Jadi, pengajarannya..berbelanja lah dengan berhemah...??bagus gak guna baju selekeh, dapat jimat duit daripada dipujuk rayu untuk beli akhirnya mengalah then duit diborosin..ok.Jadi fikir-fikirlah.Apa yang aku kongsi ni tak la berlaku kat semua tempat. (0_0)

Salleh Yaacob...I Follow

Assalammualaikum...Salam Ramadhan.
Sebenarnya tajuk tu tak ada kaitan sangat..Just nak inform bahawasanya aku follow mana-mana geng semaktab especially so aku dapat update apa-apa info and belajar pasal blog ni.Erm..so yang aku follow tu aku random je k.kalau xnak kna follow tu inform awal and aku akan unfollow..hax..ok. thats all (0_0)

Saturday 13 August 2011

Habisss...

Assalammualaikum murid-murid.. :)
Apa yang aku nak umumkan di sini ialah....(tarik nafas jap)...ialah..aku dah abis dah kena observe!!yeah!!senoroknya!(bahasa budak2)..last aku kena observe bersamaan dengan tarikh 11 Ogos 2011 iaitu hari Khamis untuk subjek PJ..alhamdulillah semua dah selesai walaupun tak dapat nak beri yang terbaeekk untuk student aku..tapi so far diaorang dah dengar cakap and berdisiplin..tu pun sebab aku guna teori kekerasan(pulas telinga) dan teori ugutan..haha.tapi memang efektif dan lama-lama kami mula ceria bersama-sama di hari raya..enjoy la jugak ajar diaorang ni.harap diaorang akan bijak-bijak dan menjadi orang berguna satu hari nanti. okeh..tu ja.tak lama lagi nak abis praktikum selama 2 bulan.then raya+merdeka!!wah..best.baju raya dah ready..ada 3 tahun ni..satu aku beli, 2 lagi mak tersayang buatkan. so aku ada biru(my favorite color), engkodok(purple~kaler tema tahun ni) and hitam.grand gak baju tahun ni. dan sekarang dah ramadhan, so tingkatkan amal dan jangan sia-siakan ramadhan anda..puasa dari segala aspek dan buat pahala banyak-banyak untuk bulan ini dan selamanya.InsyaAllah. (0_0)

Monday 8 August 2011

Manchester U @ C menang!!

Assalammualaikum blog!
saja nak post dan show off bahawa sesungguhnya saya ingin mengumumkan bahawa Manchester United menang 3-2 menentang Manchester City..yeah!!style la..biarpun kena leading 2-0 untuk first half, akhirnya berjaya membolosi benteng pertahanan dengan 2 jaringan daripada Nani dan satu daripada Chris Smalling pada second half..TAHNIAH!! gembira sangat-sangat sampai rasa malas nak mengajar esok..eeerrrr..xda kaitan..ok..thats all.chiaow!! (0_0)

Sunday 7 August 2011

fObiA AnJinG~

Assalammualaikum and a very good morning/afternoon/night to all of you..

Topik kali ni nak habaq sikit pasai fobia kat anjing atau lebih sainstifiknya ketakutan yang teramat dewa kepada haiwan bertaring yang meleleh air liur nya, berbulu-bullu, dan tidak serik untuk menyalak. dan tidak lupa juga, kalau terpegang maka wajiblah menyamakkan anggota badan atau benda yang terkena.ish2..panjang definisi ni.guna kamus apa ni??
Aku, memang anti ngan anjing ni..jumpa je anjing tak kira besar - kecik, kurap - sihat walafiat, atau bergigi - bergigi palsu memang aku tak berani nak dekat la. Sebab anjing ini pernah merosakkan zaman happy go lucky kecik aku..so..this is my story--
Semasa aku masih kecil..maybe tahun 1 kot.aku gi main pasir kat area flat kat Dalat(masa tu aku and family bermastautin kat sana..and Dalat is my birth place :] )so kakak aku ada kawan cina kat area situ. so dia ajak la aku join sekaki pi hantar something(aku rasa buku la)..so aku yang masih aktif dan berpeluh-peluh pun pergilah dengan cool dan macho..dan dengan disedari, aku ternampak seekor anjing kaler putih besar yang tengah syok-syok tido kat depan rumah kawan kakak aku tu..fuh..nervous jugak..cam kalau sekali ngap abis aku.sebab badan aku kecik time tu.(tak makan kokokrunch bah)..jadi masa nak masuk pagar rumah kawan kakak aku tu, anjing tu tiba-tiba mengangkatkan kepalanya sedikit berserta dengan kening The Rock nya..Dem..dia perasan aku..dia jeling dan mendengus sampai meleleh hingus.Wah..punya la scary.so satu titik peluh mula membasahi dahi aku..semakin banyak bagai hujan yang turun bersama mutiara..kakak aku tarik jugak aku time tu.aku memang dah plan nak lari..tapi kawan kakak aku dah turun daripada rumah, so aku up lagi confidence..satu step ke depan, then WORF! WORF! WORF!(translate-Assalammualaikum, cari sape dik?)..aku yang salah faham dengan kata-kata anjing tu terus mengelepa(bhs sarawak) lari selaju ussain bolt. anjing tu apa lagi, join sekaki, terus je kejar aku sambil menyalak lagi  WORF! WORF! WORF!(dik, syiling adik terjatuh.)..aku pun dikejar oleh anjing tu sampai tercabut selipar aku..ciss..mujur selipar jepun.kalau mahal, memang aku mintak ganti!selepas berlari berkejaran dengan anjing tu, aku terus naik jambatan dan menangis mengenangkan selipar jepun aku tadi(bajet..actually nangis sebab lain..haha) semenjak hari itu, aku memutuskan untuk tidak berkawan dengan haiwan bernama anjing. huhu~kejam anjing itu..sampai aku takut dengan anjing-anjing lain.ceit podah cit jugak..and sekarang, yang peliknya anjing ni suka sangat nak menyakat aku..tak kira la jumpa kat mana-mana..dia tau aku takut ngan diaorang ka?ada muka aku kat notice board persatuan Anjing-anjing sedunia..herm..apa-apa pun sekarang aku nak beranikan diri la.so anjing, cancel my name in your list k.im not afraid of you anyMORE!!wah..terlebih sudah..btw family aku selalu jugak sakat aku pasal anjing..so..down gila bila jumpa anjing ni..pergh..(0_0)!

Buat kertas ujian BM tahun 5

Assalammualaikum kepada pembaca..

ok..Berpandukan tajuk blog di atas, ya, saya buat kertas ujian BM untuk tahun 5.waa..seeronookknya!!*
so sekarang baru nak buat, and esok dah kena hantar(dah janji dah aritu)..so by hook or by crook aku terpaksa struggle satu hari ni untuk buat ujian kat bebudak ni. hope siap and aku dapat bersuka ria dan tengok movie..and keluar utk shopping raya..like what my other housemate doing since yesterday and maybe today..argh..aku blom beli apa-apa lagi.dah la sale kasut 50%..tp aku dah byk sgt kasut..ok..thats all for today. nanti lepas siap itu dan ini aku akan cuba update blog ni.insyaAllah.
Salam ramadhan, selamat beramal, dan berbuka la dengan berhemah
. (0_0)..Assalammualaikum.. :D

Tentang Tentong...

Ok..Another Assalammualaikum..semoga ceria dan sihat selalu kehendaknya..AMIN
Orait..untuk topik kali ni aku nak bercerita pasal keadaan aku baru-baru ini..yess..about me recently or tentang tentong..aku ialah bakal guru insyaAllah setahun lebih lagi..so dah sem 6 and im so happy and tak sabar nak abis study..tapi nanti mesti sedih tinggalkan maktab, lecturers, kawan-kawan dan apa-apa yang sewaktu dengannya..(mode sedih kejap)..OK! back to the main point..aku rasa banyak benda aku nak cakap, tapi tak tau nak mula dari mana..dari utara, selatan, timur or barat..bahasa aku kelam kabut sikit..tak apa la, janji faham(wei, aku cikgu BM la..duh!!)

Erm..pada 11 Julai 2001 yg lepas, aku and the gangs,-abib, pejal, rin, raffi and zizat dah pun selamat berpindah di kediaman baharu di kawasan Tabuan Jaya..wonderful place and superb..like2..biarpun kerja punggah memunggah memang amat memenatkan..tapi berbaloi-baloi seperti membeli tebaloi yang diperbuat daripada ikan kaloi.-takdak kaitan..anyway im enjoy living here and we live here as one family..aaaa...kat sini aku banyak belajar banyak benda..iaitu, 1st aku paling takut dengan binatang bernama ANJING..auwww...worf worf..grrr..hey, don't chase me..you so annoying you know..i hate you..(nada drama TV)..ok..so, selepas lama "berkawan" dengan geng anjing ni, so aku xtakut sangat dah..tapi kalau muka ganas siap dekat and salak2 tu memang aku takut la juga..but..i think i can face them..face to face!!hehe..then 2nd aku belajar makan makanan pedassssss!!yap..thats me..aku xtahan pedas and tiap kali makan benda pedas aku akan berpeluh-peluh sampai semangkuk..seriously arum bulak padah orang serawak, tiap hari makan benda pedas..so lama-lama aku try to adapt then sekarang aku dah boleh makan..wau!!amazing right??haha..(bunyi cengkerik...-----)nah..then 3rd..aku blajaq memasak..boleh jadi chef dah..masak sayur la..on the way belajaq masakan lain lagi..so kepada kaum hawa, jangan khuatir, kerana aku dah PANDAI MEMASAK..sikit-sikit...ok..cukup dulu..to be continued..

Perkara lain..aaa..sekarang aku tengah praktikum kat sebuah sekolah yang dianugerahkan dengan nama SK Sungai St*t*ng..terpaksa censored sikit sebab takut korang cari aku plak..overall sekolah tu memang BEST..cikgu-cikgu semua baik dan ramah lagi manis senyumannya..aku mengajar budak-budak darjah 5..ok..nanti aku akan post something pasal mereka..insyaAllah...agak nakal..bukan..SANGAT NAKAL!..tapi aku tetap sayang kat diaorang and hope can change them..JOM UBAH ke arah TRANSFORMASI..:P
--->


Ok..cukupla dulu..aku pun dah ngantok..nak sahur gak esok..hope bangun..kepada raffi, aku dah tukar alarm clock aku..xda bunyik ayam yang rancak..aku tukar lagu wali band..hope you all enjoy the alarm cause im going to snooze it untill 5 minutes before Subuh..LOL..OK..Thats all..topic akan datang - Fobia Anjing, Forgotten Skills, Senduk-senduk, LOvE..and.....nanti la fikir lagi..Assalammualaikum..(0_0)

1st...

ok..Assalammualaikum..so aku akan start balik berblogging..n this is my 1st post for this NEW blog..Hurray..so aku namakan dear diary..untuk masa ni aku rasa nak private(bajet) kan..(boleh ke buat private..skati je..argh..buat je la)..just untuk aku tulis untuk aku sendiri..my memories..yang ingin aku kongsi untuk diri sendiri buat sementara waktu..apa yang aku rasa, nak luahkan sementara ada internet yang sangat laju..streamyx ok!!sedangkan actually aku boleh tahan la busy sekarang ni..cuma cam boring la..and i think i need time for myself to blablabla and citcatcitcat with myself..ala monolog dalaman la..so..thats all for my 1st kata-kata aluan..hope aku akan aktif la..hopefully..actually aku tak berapa nak faham sangat blog ni..so belajar la..maybe ada guna untuk masa depan kn?? (0_0)