Friday 17 August 2012

Hari Raya - Suasana Hari Raya (Trailer)

Assalammualaikum manusia!!

Post hari ini berkaitan dengan video yang telah saya siapkan hari ini. Video yang mempunyai durasi selama 1 minit 36 saat ini telah menelan belanja RM 0 dan mengambil masa 3 jam untuk disiapkan. Wah!! So enjoy the video pasal Syawal yang bakal menjelma daripada Haji Tamit Sekeluarga. Salam Ramadhan dan Salam Becoming Syawal! <3



Aku harap semuanya enjoy the video. Salam (-..-)

Saturday 11 August 2012

Dont Jugde Me Please

Assalammualaikum pembaca dan Salam RAMADHAN!!

Topic of the day : DOnt judge Me PleAse!

     Kadang orang tanya kat aku: "Adi, apahal ko macam pendiam..dingin semacam je eh?" "Kenapa ko ni cam sombong?" "Kenapa ko buat cam xknal aku je?"
     "Err...blurrrr". By the way, perkara yang ada pada diri aku ialah aku seorang yang sangat pelik bila bersosial. Aku hanya akan cakap banyak dengan geng yang rapat dengan aku. Maknanya aku susah nak masuk dalam line orang. Walaupun sebenarnya memang agak teruk perangai tu, tapi aku sukar nak ubah sebab aku sememangnya macam tu. Untuk bertemu pada pertama kali, aku akan kurang bercakap dan kurang memberi respons. Mungkin aku seorang yang observer la. Bila dah ngam baru aku akan dapat bla bla bla dengan banyaknya.
     Berlainan kes pula dengan wanita atau perempuan, aku akan jadi sangat pemalu. So memang kalau nak cakap memang..pergg..sangat kosong dan blurr.. Kecuali la macam ada perkara yang sangat memerlukan dan rapat baru dapat nak cit cat cit cat.. Especially my family of course, my best friends and my classmates.
     For example macam kalau aku join teater ke, aku macam rapat time tu je, then aku akan rasa malu balik...hahaha..ntah la.its me and i dont know whats the problem..So kepada kengkawan yang rasa aku ni sombong, pendiam or macam ignore2 tu aku minta maaf k. Aku susah nak friendly or be talkative and i dont know why. Hanya mampu tersenyum maybe dah cukup untuk mengatakan aku kenal ko dan kita kawan.hehe..whatever.
     So, ini semester last aku. Aku nak habiskan dengan baik dan berjaya untuk semester ini bersama kawan-kawan yang lain insyaAllah. Nak bagi bangga kat mak bapak. Menjadi hamba Allah yang soleh dan tingkatkan amal dan iman.
     Aku pernah dengar seseorang sebut ini dan aku rasa aku mahu tergolong dalam golongan ini. "Come in silent, and Back in silent". Maksudnya aku ingin jadi orang yang biasa-biasa je kat maktab. Masa first aku masuk dulu aku tidak dikenali dan biarlah semasa keluar aku bukanlah orang yang dikenangi. Simple as that. Seriously aku juga bukan mencari populariti macam maybe sesetengah orang cakap. Aku sebenarnya lebih suka tidak dikenali. SO people, brother and sister : Dont Jugde Me, please.. TQ ^^