Sunday 30 October 2011

Macam Di KK (bagpack) + Cuti-Cuti Kenyalang

Assalammualaikum...
So post untuk minggu ini ialah pasal perjalanan cuti deepavali selama seminggu. Overall it awesome tapi meletihkan. Enjoy the holiday dan rasa..ya inilah cuti-cuti Malaysia.Yeah!!Erm..start ari sabtu lepas sampai rabu, (22/10-26/10/2011) aku, Lihin dan Datu Farid telah melancong ke Sabah.

1st day datang, aku telah direct pergi ke Kota Marudu. Kami datang malam dan ada makan2 then tengah malam kami sempat pergi lepak and pergi ke Dataran Bengkoka, Pitas semata-mata mau tengok patung lobster besar..walaupun gelap gulita, tapi kami sempat snap beberapa gambar sebagai kenangan..haha..
Then esoknya kami pergi ke simpang mengayau iaitu tempat terletaknya Tip of Borneo di daerah Kudat. SubhanaAllah memang cantik. Snap beberapa gambar dan sempat buat video klip lagi. Then kami pergi Kota Marudu celebrate birthday anak buah Datu Farid dan malam tu juga kamiorang pergi ke KK. Wah..memang memenatkan but still we enjoy the trip dengan lagu-lagu..haha..malam sempat lagi lepak tengok bola dalam keadaan sedih sebab Man United dibelasah teruk 1-6 oleh Manchester City..Watermelon sungguh!
Pastu tidur dan esoknya kami telah pergi ke Pulau Manukan dan bersiar-siar di sekitar kota raya KK.Aku dan Lihin sempat berkarok dan kemudian kami pergi tempat air pancut-pancut yang cantik iaitu Taman Tasik Perdana. Every 10 minutes akan ada persembahan air dan 10 minutes lagi berenti. Cantik giler and kami jadi gila-gila menari time persembahan air pancut..funny. Then, kami makan-makan di restoran Tanjung Aru sambil minum air gelas besar.
Hari Selasa tu pula merupakan last day aku pi raon-raon Sabah..So hari tu kami telah pergi ke Poring untuk mandi-mandi. Before tu aku sempat beli strawberi untuk dibawa balik. Tak manis la.Nasiblah..Time tu juga hujan dan tak sempat nak pi ladang teh. Jadi kami rest kat stesen minyak pastu meneruskan perjalanan ke Ranau.Kami sempat la pergi mensilau a.k.a MewZealau@New Zealand.Tempat tu ala New Zealand la sebab sejuk, ada lembu itam putih dan rumput pun cantik(bajet macam pernah pergi NZ)..Kami pergi Kilang susu dan tengok lembu-lembu dan sempat juga bersalam sama lembu.hax..and beli susu segar.Uina..Sadapp bha tu..ada jual kat seveneleven..pastu pergi kinabalu park and bergambar sekejap, then balik rumah si Farid. Dan keesokan paginya aku berangkat balik ke Bumi Kenyalang menaiki kenyalang Air Asia.

So Now, cuti-cuti kenyalang pulak, aku and the geng classmates telah pergi Kubah Ria untuk mandi-mandi. Syiok juga la..sambil makan sinalau manuk (ayam panggang-bhs Dusun)..Enjoy walaupun demam.Airnya punyala sajukkk!!Pastu kitaorg pergi Matang Wildlife dan seriously kureng best la..hurm..pastu balik and rest.
Hari Jumaat plak aku and Griffen bawak kawan dari Sabah plak jalan-jalan satu petang di Kuching. Tak tau nak bawak kat mana di Sarawak ni, so kami bawak pi Spring beli neck tie then pergi waterfront.Nak bawak pi Taman Sahabat, tapi tak cukup masa so terus bawak diaorang balik ke UiTM sebab ada taklimat untuk Kenyalang Debate Open. Dan mereka tadi dapat no 8 daripada 34. Congrates!
Last but not the least..untuk cuti-cuti kenyalang, kami telah pergi ke Jong's Crocodile Farm..banyak buaya dan memang jakun jugak la aku..ada ikan BESAR, merak, monyet, baby hutan and etc!!kami tengok buaya melompat lagi..best la sana.Berbaloi berbanding pergi Matang Wildlife.

Itu saja la refleksi cuti aku untuk bulan Oktober tahun ni. Walaupun aku dok Kuching dah lama, tapi banyak lagi tempat aku belum explore..So cuti ni memang banyak juga la aku tau tempat-tempat. Kat Sabah pun memang berabis si Farid bawa aku jalan-jalan. Thanks to him and his family. (0_0) updated!! And Its PinkOctober.

Saturday 22 October 2011

Out for 5 days

Assalammualaikum...

So sekarang bermulalah cuti deepavali. Selamat Menyambut Deepavali!! To my friend Puni, lecturer Mr Dana Raja and others who celebrate Deepavali. Erm.. Cuti kali ni aku akan habiskan 5 hari untuk melancong ke Sabah iaitu esok sampai rabu bersama Lihin dan Datu Farid. So aku maybe tak online selama 5 hari tu kot. Entahlah..Packing pun blom..Ni 3rd time aku pi Sabah.Sabah memang banyak tarikan dan cantik. Kali ni akan explore bersama Datu Farid. Wait and see.Aku pun tak tau mana nak pergi. So thats all. Wish you all Selamat Bercuti dan jumpa lagi. Pas cuti bersedia untuk Exam!! Yehaaa..(iringan lagu Tinggi-Tingi Gunung Kinabalu)
InsyaAllah akan ku daki juga mu..

Friday 21 October 2011

To All Bloggers

Assalammualaikum to All bloggers or journalists  and readers,

Semalam aku dan sekawan classmates telah menghadiri Seminar on Social Media and Society:Promoting Responsible "Netizenship" kat Grand Margherita, Kuching. So memang banyak la benda nak didengar dan rupanya seminar ni pasal social media cam Twitter, FB, Blog dan yang sewaktu dengannya la. Sebab situasi terpaksa pergi dan kurang ikhlas, so aku tak dengar overall la sebab aku ngantok dan letih sebab ada la terlibat sikit ngan Malam Muzikal plus aku main game sampai lewat malam gak..ish3. Tapi banyak input menarik yang boleh dikongsikan bersama antaranya,
Blogger's Code of Ethics iaitu semasa kita nak tulis something la.
1. Be honest and fair - in gathering, reporting and interpreting information
2. Minimize harm - respect
3. Be accountable - should admit mistakes and correct them promptly

Things to watch out for
1. Observance of proper use of English or native language (ok..im noted it..hehe)
2. Avoid name-calling, mudslinging
3. Do not use rumors unverified information as bases for blog entries
4. Do not depend on unreliable sources.

So ada banyak lagi la maklumat yang aku dapat cuma aku malas nak panjangkan kat sini. Erm..tapi yang paling syok seminar ni semestinya sesi refresments and lunch. So i got the pictures here to share..haha
 Lunch ala annual dinner..Best
 Perempuan malu-malu makan..so ada lebih..hurm
 Nota yang sempat saya tulis semasa seminar
Pejuang-pejuang bangsa social media

 Credits
Speakers for this seminar - Dr Danilo Arao(Filipino man), Prof Salleh Buang, Mr Wan Abdillah Edruce, Dato Ahiruddin Attan@Rockybru, Mdm Alice Wee, Mr Ahmad Nor Hisham Mohd Yusop and Mr Cyril Dason.

Monday 17 October 2011

Program Kesihatan Gigi

Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia..

Bermula hari ini, 17 Oktober sampai 19 Oktober 2011, aku dan kawan-kawan PISMP Januari 2009 serta KPLI Januari 2011 akan mengikuti Program Kesihatan Gigi. Kerja aku ialah macam biasa, dan memang dan terbiasa dan malas nak membiasakan diri dengan kerja itu~ Pengerusi Majlis..adeh.So hari ni merupakan hari 1st program gigi. Dan setelah dengar ceramah hari ni aku terkenangkan cita-cita sebenar aku..aku sebenarnya nak jadi pekerjaan yang orang melayu panggil doktor tapi omputih panggil dentist.yess..itu sebenarnya cita-cita aku. Tapi tak kesampaian kerana aku sudahpun menjejakkan kaki dalam bidang perguruan. Aku masih ingat lagi 1st aku masuk maktab dengan muka terpaksa dan unprepare. Tapi bapak aku tak marah aritu and petang baru aku selamat didaftarkan. Wah..memang susah time tu. Bila kenang balik memang rasa nak gelak. Tapi sekarang..Aku sudah menerima hakikat bahawa aku akan dipanggil Cikgu Hadi. Dan aku sudah menyukai, menyayangi dan mencintai profesion keguruan ini. Cuma aku lemah dalam bahagian nak mengajar budak-budak..So sekarang aku nak improve cara aku mengajar supaya nanti aku akan menjadi guru efektif dan dapat memberi sesuatu kepada anak murid aku kelak. At least sikit pun jadi la. So apa yang terlintas kat otak aku ialah..aku nak lupakan cita-cita aku dulu iaitu nak jadi doktor gigi dan fokus pada apa yang aku ada sekarang iaitu ilmu pertapaan sebagai cikgu. Ok..tu saja.Cuma bila dengar ceramah ni membuatkan aku sedikit excited untuk mengimbau kembali keghairahan aku untuk memeriksa dan merawat gigi orang..hehe..
ok..tu ja la..saja nak tulis something malam ni sebab otak aku sedikit letih main game PES 2012..pergh.. (0-0)

Sunday 16 October 2011

Lan Berambeh di Pullman

Assalammulaikum readers,

Lama dah aku tak post something..So kali ni nak post event yang aku ikut selepas mengikuti teater Kudrat. Erm..First ialah aktiviti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan iaitu Lan Berambeh dengan menaiki bot besar menyusuri Sungai Sarawak. Seronok la jgak sebab dapat melihat permandangan indah ciptaan Allah sambil dapat lepak-lepak dengan classmates yang dah lama aku tak menjengah mereka di kelas. Then ada karaokeing dan aku bermati-matian nyanyi lagu Aduh Saliha-Mawi dengan suara yang sumbangsih..yap..sumbang dan terima kasih atas pujian itu. Hahaha..So ini ada sikit gambar aku..And aku baru potong rambut supaya kemas dan nampak ciri-ciri guru.
 kungfu panda style
 lepaking bersama kaban-kaban
 dan inilah anak muda sarawak yang baru 1st time menyusuri sungai Sarawak di Kuching..haha
Permandangan Kota Raya Kuching

So..itulah panaroma 1st event..2nd event yang aku ikut pulak ialah macam biasa Annual Dinner IPGKBL di Hotel Pullman, Kuching. Dinner ni ialah dinner aku yang ke-5. Banyak sungguh dah dinner. Tapi etika makan tetap sama iaitu, sapa malu, dia lapar. hax. Masa ni la aku and the gang akan guna baju stylo sikit, but no make up, then cari meja yang banyak classmate gurls sebab dapat makan lebih sikit *muahahaha - evil laugh!! So tema tahun ni Sehati, Sejiwa, Serasi Bersama..so guna baju kelas. Tapi kami PISMP BM 2009 guna tema sendiri iaitu mana-mana baju yang penting kaler itam putih tahi cicak..hehe..So aku guna la baju ala imam muda. And kami sehousemate guna spec sebagai lambang geng urat mata..haha.lucu gak.spec aku paling fake sebab takda kanta. Aku beli kat Beijing dengan harga 15 yuen iaitu lebih kurang RM7.50 je..murah je.tapi brand Armani tu.kih2..So inilah serba sedikit gambaruda Dinner 2011..And aku sangat frust sebab bateri kamera aku abis bateri. Mancheese sungguh. Sama cam Man U seri ngan Liverpool ja(xda link)..

 yap..this is me. Noh Ha Di (chinese or korean name..haha)
 Dude
 Housemate..pejal, adi, zizat, abib and rin..(raffi missing in action)
 classmates terSAYANG!!
 Zizat gik missing..haish..
Reunion Kudrat..haha

Tuesday 11 October 2011

KUDRAT

Assalammualaikum...

Perjuangan untuk meneruskan challenge 30 hari terpaksa dibatalkan atas sebab kesibukan yang melanda diri ini. Kesibukan tersebut ialah penyertaan aku  untuk Pertandingan Teater Piala Ketua Menteri Peringkat IPG di Sarawak yang telah diadakan di Miri baru-baru ini(wah..ayat skema)..So, selepas berlatih dengan agak lama, kami telah merangkul Naib Johan, Kostum Terbaik dan Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik(sapa ya?).. Walaupun keputusan amat menyedihkan dan mengecewakan aku, aku bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dan kerjasama semua pihak amat-amat baik. Hidup dalam keluarga teater kudrat merupakan kenangan indah yang akan kekal terpahat di hatiku. Sebagai senior, banyak pengalaman manis dan pahit yang kami lalui bersama. Dalam berteater, barulah aku dapat berkenalan dengan para guru pelatih IPG. Kerana kalau di luar aku memang agak pendiam la, so memang jarang la aku bertegur sapa.hehe..bukan sebab aku sombong, tapi sebab aku memang dilahirkan dengan sifat tidak friendly..Aku cuma friendly dengan geng-geng yang sudah lama aku kenal. Kamceng..Tu dia.kelemahan diri ini.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik telah diberikan kepada aku untuk kedua kalinya. Bersyukur yang teramat sangat kepada Allah. Memang aku tak sangka sebab untuk kali kedua juga aku bukanlah pemegang watak utama namun dinobatkan jua. Wah! memang perasaaan yang sukar digambarkan dengan badan aku bergegar-gegar ambil hadiah aritu. Tapi tahan macho sebab takut tiba-tiba pengsan depan Pehin Taib..Haha..And gambar aku masuk front page Utusan Sarawak..wah..syukur2..Kembang kejap hidung aku melihatnya..kih3.Ironinya, aku atas pentas je camtu. Kat luar aku tak pandai berlakon. Aku hanya pandai enjoy-enjoy and cakap benda-benda sengal ngan kengkawan..ehiuu...

Tapi mendapat anugerah itu bukanlah kegembiraan mutlak buat aku kerana Piala Pusingan itu tidak berjaya dibawa balik ke Batu Lintang. Semasa cikgu umum kami kalah memang aku tahan betul kesedihan. Sebab aku agak confidence kami menang. Tapi dah bukan rezeki. Syukur. Maybe ada hikmah di sebalik batu. Sorry la kepada ahli Kudrat yang menangis-menangis and aku nyanyi lagu-lagu sedih lagi pastu..haha..nasiblah. Makin mendayu-dayu si Maya menangis..tapi dalam hati aku memang hujan la. Sampai bilik hotel barulah air mata tu tak malu-malu nak turun sambil aku pura-pura tidur dengan menelungkup muka bawah bantal. Seriously aku memang sangat sedih. Dengan semangat kawan-kawan yang sangat tinggi membuatkan aku sangat terharu. Itulah hakikat pengorbanan teater. Tidak semuanya indah. Jadi bersabar je la. Hakim lebih arif untuk menilai. Mungkin kelemahan teater kami mengatasi kelebihannya dan teater Tunggah lebih menonjol pada mata hakim. Sedikit pun aku tak salahkan teater yang juara. Juara tetap Juara, tapi hakim yang mengambil peranan. Tak apa. Redha dengan segalanya dan aku rasa teater itu memang ada kelebihannya dengan latar belakang yang sangat cantik dilukis. They deserve to win this year. InsyaAllah, masa mendepan kami akan rampas balik piala itu!!Yaahhhaa!!

Ok tu je kot. Ni lagu tema yang sentiasa terngiang-ngiang ditelinga aku sekarang..Memang sweet memory la :)
Teater Ilang and Batu Lintang di Puncak Menara juga totap di hati..

KUDRAT

Kudrat perjuangan,
Kudrat menentukan,
Sekaliku melangkah takkan aku berpatah,
Sekaliku melangkah aku tetap kan berserah,
Pada Maha Kuasa yang menentukan,
Pada Maha Kuasa yang menjadikan..