Tuesday 11 October 2011

KUDRAT

Assalammualaikum...

Perjuangan untuk meneruskan challenge 30 hari terpaksa dibatalkan atas sebab kesibukan yang melanda diri ini. Kesibukan tersebut ialah penyertaan aku  untuk Pertandingan Teater Piala Ketua Menteri Peringkat IPG di Sarawak yang telah diadakan di Miri baru-baru ini(wah..ayat skema)..So, selepas berlatih dengan agak lama, kami telah merangkul Naib Johan, Kostum Terbaik dan Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik(sapa ya?).. Walaupun keputusan amat menyedihkan dan mengecewakan aku, aku bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dan kerjasama semua pihak amat-amat baik. Hidup dalam keluarga teater kudrat merupakan kenangan indah yang akan kekal terpahat di hatiku. Sebagai senior, banyak pengalaman manis dan pahit yang kami lalui bersama. Dalam berteater, barulah aku dapat berkenalan dengan para guru pelatih IPG. Kerana kalau di luar aku memang agak pendiam la, so memang jarang la aku bertegur sapa.hehe..bukan sebab aku sombong, tapi sebab aku memang dilahirkan dengan sifat tidak friendly..Aku cuma friendly dengan geng-geng yang sudah lama aku kenal. Kamceng..Tu dia.kelemahan diri ini.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik telah diberikan kepada aku untuk kedua kalinya. Bersyukur yang teramat sangat kepada Allah. Memang aku tak sangka sebab untuk kali kedua juga aku bukanlah pemegang watak utama namun dinobatkan jua. Wah! memang perasaaan yang sukar digambarkan dengan badan aku bergegar-gegar ambil hadiah aritu. Tapi tahan macho sebab takut tiba-tiba pengsan depan Pehin Taib..Haha..And gambar aku masuk front page Utusan Sarawak..wah..syukur2..Kembang kejap hidung aku melihatnya..kih3.Ironinya, aku atas pentas je camtu. Kat luar aku tak pandai berlakon. Aku hanya pandai enjoy-enjoy and cakap benda-benda sengal ngan kengkawan..ehiuu...

Tapi mendapat anugerah itu bukanlah kegembiraan mutlak buat aku kerana Piala Pusingan itu tidak berjaya dibawa balik ke Batu Lintang. Semasa cikgu umum kami kalah memang aku tahan betul kesedihan. Sebab aku agak confidence kami menang. Tapi dah bukan rezeki. Syukur. Maybe ada hikmah di sebalik batu. Sorry la kepada ahli Kudrat yang menangis-menangis and aku nyanyi lagu-lagu sedih lagi pastu..haha..nasiblah. Makin mendayu-dayu si Maya menangis..tapi dalam hati aku memang hujan la. Sampai bilik hotel barulah air mata tu tak malu-malu nak turun sambil aku pura-pura tidur dengan menelungkup muka bawah bantal. Seriously aku memang sangat sedih. Dengan semangat kawan-kawan yang sangat tinggi membuatkan aku sangat terharu. Itulah hakikat pengorbanan teater. Tidak semuanya indah. Jadi bersabar je la. Hakim lebih arif untuk menilai. Mungkin kelemahan teater kami mengatasi kelebihannya dan teater Tunggah lebih menonjol pada mata hakim. Sedikit pun aku tak salahkan teater yang juara. Juara tetap Juara, tapi hakim yang mengambil peranan. Tak apa. Redha dengan segalanya dan aku rasa teater itu memang ada kelebihannya dengan latar belakang yang sangat cantik dilukis. They deserve to win this year. InsyaAllah, masa mendepan kami akan rampas balik piala itu!!Yaahhhaa!!

Ok tu je kot. Ni lagu tema yang sentiasa terngiang-ngiang ditelinga aku sekarang..Memang sweet memory la :)
Teater Ilang and Batu Lintang di Puncak Menara juga totap di hati..

KUDRAT

Kudrat perjuangan,
Kudrat menentukan,
Sekaliku melangkah takkan aku berpatah,
Sekaliku melangkah aku tetap kan berserah,
Pada Maha Kuasa yang menentukan,
Pada Maha Kuasa yang menjadikan..

10 comments:

  1. tahniah Di.. pengorbanan ya ada hasilnya.. menang ka sik yang penting pengalaman..

    ReplyDelete
  2. congrates ^^ dont give up abg adi ^^ chill~

    ReplyDelete
  3. tq2..dunia teater tidak ternoktah di sini..masih ada harapan insyaAllah :)

    ReplyDelete
  4. cm nak nangis plk bace entry ni. rindunye nk balik maktab, rindu nak rse berteater. oh yeah, ilang ttp di hati. pape2 pon tahniah dr jauh. =)

    ReplyDelete
  5. wa..tq2.tu la..insyaAllah.kalau sempat, join la teater lagi nnti..hehe.Ilang takkan hilang di hati..biarpun aku hanyalah charles brooke yang pendek..haha

    ReplyDelete
  6. hahahahahaha pendek dan tue. ooppss :D

    ReplyDelete
  7. haha..whatever..yang penting enjoy bawa watak tu.sampai sekarang masih hafal skrip tu :)

    ReplyDelete