Sunday 30 October 2011

Macam Di KK (bagpack) + Cuti-Cuti Kenyalang

Assalammualaikum...
So post untuk minggu ini ialah pasal perjalanan cuti deepavali selama seminggu. Overall it awesome tapi meletihkan. Enjoy the holiday dan rasa..ya inilah cuti-cuti Malaysia.Yeah!!Erm..start ari sabtu lepas sampai rabu, (22/10-26/10/2011) aku, Lihin dan Datu Farid telah melancong ke Sabah.

1st day datang, aku telah direct pergi ke Kota Marudu. Kami datang malam dan ada makan2 then tengah malam kami sempat pergi lepak and pergi ke Dataran Bengkoka, Pitas semata-mata mau tengok patung lobster besar..walaupun gelap gulita, tapi kami sempat snap beberapa gambar sebagai kenangan..haha..
Then esoknya kami pergi ke simpang mengayau iaitu tempat terletaknya Tip of Borneo di daerah Kudat. SubhanaAllah memang cantik. Snap beberapa gambar dan sempat buat video klip lagi. Then kami pergi Kota Marudu celebrate birthday anak buah Datu Farid dan malam tu juga kamiorang pergi ke KK. Wah..memang memenatkan but still we enjoy the trip dengan lagu-lagu..haha..malam sempat lagi lepak tengok bola dalam keadaan sedih sebab Man United dibelasah teruk 1-6 oleh Manchester City..Watermelon sungguh!
Pastu tidur dan esoknya kami telah pergi ke Pulau Manukan dan bersiar-siar di sekitar kota raya KK.Aku dan Lihin sempat berkarok dan kemudian kami pergi tempat air pancut-pancut yang cantik iaitu Taman Tasik Perdana. Every 10 minutes akan ada persembahan air dan 10 minutes lagi berenti. Cantik giler and kami jadi gila-gila menari time persembahan air pancut..funny. Then, kami makan-makan di restoran Tanjung Aru sambil minum air gelas besar.
Hari Selasa tu pula merupakan last day aku pi raon-raon Sabah..So hari tu kami telah pergi ke Poring untuk mandi-mandi. Before tu aku sempat beli strawberi untuk dibawa balik. Tak manis la.Nasiblah..Time tu juga hujan dan tak sempat nak pi ladang teh. Jadi kami rest kat stesen minyak pastu meneruskan perjalanan ke Ranau.Kami sempat la pergi mensilau a.k.a MewZealau@New Zealand.Tempat tu ala New Zealand la sebab sejuk, ada lembu itam putih dan rumput pun cantik(bajet macam pernah pergi NZ)..Kami pergi Kilang susu dan tengok lembu-lembu dan sempat juga bersalam sama lembu.hax..and beli susu segar.Uina..Sadapp bha tu..ada jual kat seveneleven..pastu pergi kinabalu park and bergambar sekejap, then balik rumah si Farid. Dan keesokan paginya aku berangkat balik ke Bumi Kenyalang menaiki kenyalang Air Asia.

So Now, cuti-cuti kenyalang pulak, aku and the geng classmates telah pergi Kubah Ria untuk mandi-mandi. Syiok juga la..sambil makan sinalau manuk (ayam panggang-bhs Dusun)..Enjoy walaupun demam.Airnya punyala sajukkk!!Pastu kitaorg pergi Matang Wildlife dan seriously kureng best la..hurm..pastu balik and rest.
Hari Jumaat plak aku and Griffen bawak kawan dari Sabah plak jalan-jalan satu petang di Kuching. Tak tau nak bawak kat mana di Sarawak ni, so kami bawak pi Spring beli neck tie then pergi waterfront.Nak bawak pi Taman Sahabat, tapi tak cukup masa so terus bawak diaorang balik ke UiTM sebab ada taklimat untuk Kenyalang Debate Open. Dan mereka tadi dapat no 8 daripada 34. Congrates!
Last but not the least..untuk cuti-cuti kenyalang, kami telah pergi ke Jong's Crocodile Farm..banyak buaya dan memang jakun jugak la aku..ada ikan BESAR, merak, monyet, baby hutan and etc!!kami tengok buaya melompat lagi..best la sana.Berbaloi berbanding pergi Matang Wildlife.

Itu saja la refleksi cuti aku untuk bulan Oktober tahun ni. Walaupun aku dok Kuching dah lama, tapi banyak lagi tempat aku belum explore..So cuti ni memang banyak juga la aku tau tempat-tempat. Kat Sabah pun memang berabis si Farid bawa aku jalan-jalan. Thanks to him and his family. (0_0) updated!! And Its PinkOctober.

5 comments:

  1. best eh...mekorang seminggu dsabah xsmpat g tmpat2 ko pdh ya...rndok hati dpt bsalam ngn lembu..haha.. haru sungguh

    ReplyDelete
  2. haha...seronok nak??len kali polah trip gik g sabah..dapat bertrip rah sabah nun..haha..

    ReplyDelete
  3. jom3..InsyaAllah join..sila roger2..hehe..

    ReplyDelete
  4. bila gik mok daki kinabalu ya oe..kempunan aku..haha

    ReplyDelete
  5. wahhh..bestnya..rncngn klas kmkorg pon mk pg thn dpn..tp,rombongan kelaslh..huhu...kawen dgn org sbh jk gk kau..haha

    ReplyDelete