Friday 18 November 2011

4 1/2 tahun..

Assalammualaikum kesemuanya!!

Setelah lama menyepikan diri, akhirnya aku ingin mencoretkan sedikit bingkisan minda yang terkurung lama di benak jutaan kekacauan dan kesibukan ujian. Ya! Akhirnya aku sudah berjaya menamatkan 4 tahun setengah di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang semester 6 degree. Syukur yang paling teramat kepada Allah kerana nikmat, belas dan kasihnya aku telah melangkah sejauh ini. Tiada ungkapan yang bisa dimuntahkan melainkan syukur kepada Yang Maha Berkuasa. Banyak kenangan pahit manis yang telah diselusuri sepanjang denai perjalanan hidup ini yang telah mematangkan fikiran, emosi dan tingkah lakuku. Aku hanyalah insan yang tidak sempurna pada mata yang sentiasa memandang, telinga yang sentiasa mendengar, mulut yang sentiasa bercakap apalagi pada Pencipta Yang Maha Mengetahui Segalanya. Akhir kalam, Selamat Bercuti dan insyaAllah, kita akan bersua kembali. Setiap detik dan saat indah ini bakal ku kenang jika diizinkan.


Fikiran ku tatkala sastera mengawal tintaku,
Setahun lagi insyaAllah...(O_O)

Tuesday 8 November 2011

Argh!!Tag berantai!!

Assalammualaikum.. 
So straight to the point, aku dah di tag dengan  soalan 11 oleh sheeda dan mawar..wah!!
okla..sebab aku tengah menyegarkan mata sebelum study kembali, so aku akan cuba menjawab seringkas mungkin :)

Few rules to be followed.So,these are the rules:
1.Post this rules
2.Write 11 things about yourself
3.Answer the question the tagger set for you
4.Create 11 new questions for those you want to tag
5.Choose 11 blogger to be tagged and link them to the post
6.You're not allowed to tag back ( I mean to the person who tags you )

1. Done!

2. 11 tentang saya..
- Saya budak maktab
- Saya baru pandai mensterika baju semasa tahun ke 2 degree program di maktab..haha
- Saya suka melukis
- Saya suka makan coklat dan benda manis
- Saya suka main game, bola, futsal, bersukan dan membaca....komik..haha
- Saya hidup dalam keluarga cikgu cikgi..yeah!
- Saya dah nak exam ni..doakan saya..belajarlah dikau adi.
- Anak keempat daripada enam adik beradik
- Suka warna biru
- Saya takut anjing
- dan Saya mempunyai hidung yang besar..hahaha

3. ok..ada 2 org tag, so aku jawab 22 soalan la kan..start from sheeda..

Dear Sheeda 
 
- Komen anda pasal saya..  perkara elok n tak elok.. hahaha
 # Sheeda seorang yang peramah dan baik hati.. :)
- Komen anda pasal  blog saya -  perkara yang tak elok..hehehe
# tulisan kot..haha..background..susah nak baca..kot..
- Dah ada yang punya ker? Bila kawen? hehehe 
# erm..honestly blom..kawen..insyaAllah..xda planning..*malumalu..
- Suka buat apa masa boring2?..
# fb, twitter, youtube, blog, games, futsal :D
- Perkara yang anda sendiri tak sangka anda buat..
# memasak???haha
- Perkara yang anda boring buat walaupun masa tu anda boring.. hehehe
# melihat komando (nama kucing peliharaan)
- tempat nak honeymoon.. cita siket.. y?
# ntah..sabah kot..
- Habit yang tak elok yang ada pada anda.. MESTI Ada ar..
# buat penglipur lara..haha..buat lawak 
- Perkara yang anda tak suka terhadap orang yang berlainan jantina dengan anda..
# aaa...menangis??
- kalau anda ni berada dalam dunia kartun.., anda nak jadi apa? kenapa? hehehe
# saya nak jadi shikamaru(naruto)..sbb dia bijak
- Perkara yang anda rasa anda TAK AKAN buat!!.. hehehe
# menderhaka ibu bapa..huhu
Dear Mawar,

1. soalan 1 mestilah soalan minta puji sikit. opinion on me.  ^^
# erm,..junior yang peka dan caring kot..sebab jadi juru busana mmg selalu contact hal baju..hehe
2. the best things happened in ur past 3 months. 
# Kudrat :)
3. someone who made changes in u. 
# aaa..my parent, friends..
4. thing that can make u smile though u are crying a river. 
# tengok movie sedih dan ada kawan2 kat sebelah menyebelah *especially crita hindi kot..hahahaha
5. are you lazy?
# sikit la..
6. movies that are addicted to now. 
# drama boleh? Cinta elisya..haha
7. things that u would do when u getting nervous. 
# selawat banyak-banyak
8. the last time u cry. why.
# Kudrat...2nd place..:''(
9. ur SPM result. :D
# adeh..6A4B1C1D
10. someone in ur mind now. i mean now.. dah, jgn pkr len. now kay? honest. 
# rahsia..haha
11. are you taken? if yes, who? mind to post his / her picture? hehe. 
# hurm..xlepas soalan tuk..not yet..adeh..

Siapa yang sudi ditag??huhu..rasanya xperlu la..focus on exam and good luck!!Assalammualaikum!!i did it!! (O-o)

Friday 4 November 2011

Cinta Elysa

Assalammualaikum...

Entri kali ni saja nak cakap pasal satu drama Malaysia yang dah buat aku ketagih la jgak..Ni semua salah Faizal Latip yang pasang TV3 Selasa lepas..Terus aku download cerita ni (baru ada 8 episod)..Memang layan la..dengan lagu soundtracknya Kisah Dongeng by Stacy and Kita Satu by Spider..dan sekarang aku memang gila la jgak dengar lagu Kita Satu tu sampai aku belajar chord gitar lagu tu..cambest je.Cerita ni dibintangi oleh Fasha Sandha dan Johan Arif selaku watak utama.So, aku suggest gak korang tengok..Walaupun busy nak exam dah sekarang, tapi still aku nak layan jiwang. Nak menjiwangkan diri..Sewel..haha.So aku kasi lagu yang aku ulang banyak kali jugak iaitu Kita Satu..


Am           G
Sering ku bertanyakan
  C         Dm
Dimanakah hatimu sayang
Am        G
Kian lama kusimpan
   C        Dm    E    F
Penyesalan cinta dalam diam

            G          Em
Sampai bila harusku pendam
            Am         Dm
Layan cinta dan perasaan
             F        E
Dengan lafaz ku bisikkan

 Am    Dm    G           C
Kita telah ditakdir bersama
 Am     Dm       E  
Teman hidup di dunia
  Am    Dm    G          C
Malam siang kita jadi satu
    F           E         Am
Kerana engkau adalah milikku

C            G        Am
Pegang tanganku seeratnya
       F             G
Dunia ini berputar ligat
C          G         Am
Mengapa harus ada sesal
    Em          F   C        G    E
Andainya tersungkur tetap bersama oo..


Lagu ni aku tak tujukan kat sapa-sapa sebab memang tak ada kaitan dengan sesiapa.haha..aku rasa..maybe aku nak nyanyi lagu ni la kat girl yg sudi jadi isteri aku nanti.[statement apa ntah..ehiu]~~ (0_0)"