Friday 18 November 2011

4 1/2 tahun..

Assalammualaikum kesemuanya!!

Setelah lama menyepikan diri, akhirnya aku ingin mencoretkan sedikit bingkisan minda yang terkurung lama di benak jutaan kekacauan dan kesibukan ujian. Ya! Akhirnya aku sudah berjaya menamatkan 4 tahun setengah di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang semester 6 degree. Syukur yang paling teramat kepada Allah kerana nikmat, belas dan kasihnya aku telah melangkah sejauh ini. Tiada ungkapan yang bisa dimuntahkan melainkan syukur kepada Yang Maha Berkuasa. Banyak kenangan pahit manis yang telah diselusuri sepanjang denai perjalanan hidup ini yang telah mematangkan fikiran, emosi dan tingkah lakuku. Aku hanyalah insan yang tidak sempurna pada mata yang sentiasa memandang, telinga yang sentiasa mendengar, mulut yang sentiasa bercakap apalagi pada Pencipta Yang Maha Mengetahui Segalanya. Akhir kalam, Selamat Bercuti dan insyaAllah, kita akan bersua kembali. Setiap detik dan saat indah ini bakal ku kenang jika diizinkan.


Fikiran ku tatkala sastera mengawal tintaku,
Setahun lagi insyaAllah...(O_O)

No comments:

Post a Comment